VICTORIA bersama kudanya, Abegglen. FOTO Agensi
VICTORIA bersama kudanya, Abegglen. FOTO Agensi
Agensi

Tokyo: Atlet ekuestrian acara dressage, Victoria Max-Theurer terpaksa menarik diri pada penampilan kelima Olimpiknya selepas kuda tunggangannya mengalami sakit gigi.

Atlet veteran Austria itu menarik diri semalam selepas kudanya yang berusia 11 tahun, Abegglen NRW bergelut di sesi latihan.

Pencapaian terbaik Victoria di Olimpik adalah tempat kelapan acara berpasukan pada penampilan pertamanya di Athens 2004 dan 13 keseluruhan acara individu di London 2012.

Bagaimanapun ibunya, Sissy Theurer pernah memenangi pingat emas di Moscow 1980.

Kini hasrat Victoria untuk meraih pencapaian lebih baik musnah selepas kudanya tidak sihat.

Tahap kesihatan Abegglen disahkan ketika melakukan pemeriksaan bersama doktor haiwan pada hari sama berlangsungnya majlis perasmian Sukan Olimpik.

Selepas melakukan ujian imbasan, Victoria memberitahu Dressage News: "Tahap kesihatan kuda saya sentiasa menjadi keutamaan berbanding perkara lain.

"Selepas menjalani latihan dan memberi tumpuan selama lima tahun, kami tidak dapat beraksi di Olimpik untuk membuktikan kemampuan.

"Ia amat mengecewakan tetapi paling penting adalah tahap kesihatan kuda saya."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Julai 2021 @ 11:15 AM