PENEMBAK Iran, Javad Foroughi mengigit pingat emas selepas memenangi acara final 10 meter Air Pistol lelaki semalam. FOTO EPA
PENEMBAK Iran, Javad Foroughi mengigit pingat emas selepas memenangi acara final 10 meter Air Pistol lelaki semalam. FOTO EPA
Agensi

Tokyo: Pernahkah anda melihat gelagat pelik yang dilakukan oleh semua atlet selepas menerima pingat Olimpik mereka?

Ia pastinya detik tidak dapat dilupakan apabila menyaksikan atlet dikalungkan pingat selepas berlatih selama empat tahun tetapi penonton akan dapat menyaksikan perkara yang kerap dilakukan ketika majlis penyampaian hadiah.

Ramai yang tertanya-tanya mengapa atlet sentiasa menggigit pingat emas dimenangi oleh mereka dan sebenarnya ada cerita di sebalik ritual pelik itu.

Mereka yang ingin membuktikan sama ada barang itu emas asli atau tidak, hanya perlu menggigitnya.

Oleh kerana logam secara semula jadi adalah agak lembut, anda akan merasai ia melekuk apabila menggigitnya.

Bagaimanapun, sejak 50 tahun lalu, pingat emas yang dimenangi tidak mempunyai kandungan emas yang banyak.

Pada Olimpik kali ini, pingat untuk pemenang pertama dipercayai hanya mengandungi satu peratus emas dengan selebihnya terdiri daripada perak dan tembaga.

Meskipun sebenarnya tindakan atlet menggigit pingat bukan untuk memeriksa kesahihannya, ia sudah menjadi ikutan di Olimpik.

Di Rio 2016, perkara sama dilakukan dan dijangka berterusan pada Olimpik Tokyo kali ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Julai 2021 @ 8:28 AM