DJOKOVIC merangkul gelaran keenam Wimbledon. FOTO AFP
DJOKOVIC merangkul gelaran keenam Wimbledon. FOTO AFP
Agensi

London: Novak Djokovic memenangi gelaran Grand Slam ke-20 dan gelaran keenam Wimbledon selepas menang dalam pertarungan empat set ke atas pemain Itali Matteo Berrettini dengan pesaingnya Roger Federer memuji 'persembahan luar biasa' pemain itu.

Pemain nombor satu dunia itu menang 6-7 (4/7), 6-4, 6-4, 6-3 untuk menyamai rekod 20 kejuaraan utama bersama Federer dan Rafael Nadal.

Kemenangan itu juga meletakkannya kini tiga perempat menuju kalendar pertama Grand Slam dengan empat kemenangan utama sejak 1969.

"Saya dapat membayangkan ia terjadi dan saya harap dapat melakukannya. Saya berada di prestasi terbaik dan bermain dengan baik dan prestasi terbaik di Grand Slam adalah keutamaan nombor satu," kata Djokovic.

Kemenangan keenam di Kelab Seluruh England buat Djokovic yang bermain di final ke-30 Slam menambah gelaran sembilan Terbuka Australia, dua Roland Garros dan tiga Terbuka AS.

Sekiranya dia menang gelaran keempat di New York September ini, dia akan menjadi lelaki ketiga dalam sejarah selepas Don Budge (1938) dan Rod Laver (1962 dan 1969) melengkapkan kalendar Grand Slam.

"Ia lebih dari sekadar pertempuran. Dia adalah seorang pemain Itali yang hebat dengan pukulannya dapat saya merasainya," kata Djokovic mengenai Berrettini.

Berkongsi rekod bersama Federer dan Nadal, dia berkata: "Ini bermakna tiada satupun dari kami yang akan berhenti. Roger dan Rafa adalah legenda, mereka adalah punca saya berada di mana hari ini.

"Mereka menunjukkan apa yang perlu saya lakukan untuk menjadi lebih kuat secara fizikal, taktikal dan mental. Selama 10 tahun kebelakangan ini adalah satu perjalanan luar biasa yang tidak akan berhenti di sini

Federer yang tewas di suku akhir pertama dengan Nadal mengucapkan tahniah dalam twitter.

"Tahniah Novak di atas gelaran ke-20," kata Federer, juara lapan kali di Wimbledon.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Julai 2021 @ 11:24 AM