Atlet Britain, Katarina Johnson-Thompson. FOTO Agensi
Atlet Britain, Katarina Johnson-Thompson. FOTO Agensi
Agensi

London: Juara dunia heptathlon, Katarina Johnson-Thompson akan bersaing di Grand Prix (GP) British bagi menilai tahap kecergasan sebelum ke temasya Olimpik Tokyo.

Atlet berusia 28 tahun dijangka berada dalam senarai acara lompat jauh di Gateshead pada Selasa.

Katarina mengalami kecederaan serius achilles pada penghujung tahun lalu dan hanya menyertai pertandingan sekali pada 2021, mencatat 1.84 meter(m) dalam acara lompat tinggi pada pertemuan low-key di Montpellier minggu lalu.

Dia disenaraikan dalam pasukan trek dan padang Britain pastinya mahu membuktikan kecergasannya menjelang Olimpik Tokyo.

Katanya: "Latihan berjalan lancar dan saya sangat berbesar hati dapat bersaing di acara besar seperti Muller British Grand Prix. Saya tidak sabar untuk berada di sana di hadapan penyokong sendiri yang sentiasa memberikan suasana yang hebat."

Ia juga saingan Liga Berlian kedua di Gateshead musim ini dengan Dina Asher-Smith bertanding dalam acara 200m sebelum terbang ke Jepun dengan Olimpik dijangka bermula kurang daripada tiga minggu lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Julai 2021 @ 2:08 AM