Bacaan Yassin dan doa selamat untuk atlet ke Sukan Olimpik Tokyo.
Bacaan Yassin dan doa selamat untuk atlet ke Sukan Olimpik Tokyo.

Shah Alam: Majlis bacaan Yassin dan doa selamat sempena penyertaan atlet Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke temasya Sukan Olimpik 2020 Tokyo Jepun diadakan secara dalam talian baru-baru ini.

Majlis anjuran Pusat Sukan UiTM itu disertai oleh kedua-dua Olimpian, Khairulnizam Mohd Afendy dan Juni Karimah Jamali serta Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM, Profesor Dr Mohd Sazili Shahibi.

Turut serta Pengarah Pembangunan Pelajar, Dr Mohd Shahsuzan Zakaria; Pengarah Pusat Sukan, Mustaza Ahmad dan timbalannya, Ahmad Tarmizy Mohammed.

Majlis yang diadakan secara atas talian melalui "Google meet" dan disiarkan secara langsung melalui Youtube UiTM Sport Channel ini bertujuan memberi motivasi serta semangat dan diharapkan kedua dua atlet ini dalam keadaan yang baik sepanjang berada di temasya tersebut dan berjaya membawa pulang pingat.

Menurut Mohd Sazili pihak UiTM sentiasa menyokong dan membantu atlet universiti melalui Pusat Sukan dalam memastikan atlet cemerlang di dalam bidang sukan.

Beliau juga turut berbangga dengan pencapaian dua atlet tersebut yang berjaya melayakkan diri ke temasya sukan yang paling berprestij di dunia selain dapat meletakkan nama UiTM di persada dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Julai 2021 @ 12:06 AM