RIAK muka kecewa Murray selepas tewas di pusingan ketiga Wimbledon. FOTO AFP
RIAK muka kecewa Murray selepas tewas di pusingan ketiga Wimbledon. FOTO AFP
AFP

London: Andy Murray berdepan penyingkiran paling awal dalam tempoh 16 tahun apabila tewas di pusingan ketiga kepada pemain nombor 12 dunia, Denis Shapovalov dan dia bertanya pada diri sendiri. "Adakah ia berbaloi."

Murray yang juga juara dua kali itu terpaksa berehat lama kerana kecederaan pinggul dan pangkal paha itu kini berada di ranking ke-118 tewas 6-4, 6-2, 6-2.

Ia adalah kali pertama juara 2013 dan 2016 tewas di pusingan ketiga sejak membuat penampilan pertama pada usia 18 tahun ketika 2005.

"Ada ketika saya berasa terlalu melakukan banyak perkara dalam tempoh tiga bulan lalu dan akhirnya tidak bermain seperti yang saya mahu dan harapkan dan seperti adakah ia berbaloi?" kata Murray.

"Adakah semua latihan itu dan semua yang kamu lakukan di gimnasium kecuali jika kamu boleh terus berlatih, memperbaiki permainan dan mendapatkan pertandingan dan terus menyertai pertandingan, adakah itu semua berbaloi?

Murray hampir bersara dari sukan ini pada 2019 ketika dia mempersoalkan kemampuannya kembali ke kemuncak karier.

Dia menjalani pembedahan di pinggul dan kemudiannya kembali beraksi di gelanggang.

Namun perkembangannya agak perlahan buat bekas pemain nombor satu dunia yang beraksi dalam acara perseorangan di Wimbledon buat pertama kali sejak 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Julai 2021 @ 1:21 PM