PACQUIAO dijangka mengumumkan untuk menjadi calon presiden Filipina selepas bertarung dengan Spence. FOTO AFP
PACQUIAO dijangka mengumumkan untuk menjadi calon presiden Filipina selepas bertarung dengan Spence. FOTO AFP
AFP

General Santos: Selepas dua tahun berehat dari sukan tinju, legenda Filipina, Manny Pacquiao seakan tidak sabar kembali beraksi bagi pertarungan terakhirnya sebelum menamatkan karier, selain menjadi pemanas badan untuk merebut kerusi presiden.

Juara dunia dan tokoh yang disayangi rakyatnya itu akan mempunyai 10 juta penyokong di belakangnya apabila dia berdepan petinju Amerika Syarikat, Errol Spence di Las Vegas pada 21 Ogos.

Kehadiran semula Pacquiao adalah peluang terbaiknya membuktikan kehebatan pada usia 42 tahun, tatkala ramai petinju sudah menggantung sarung tangan pada usia berkenaan dan berpeluang meraih pendapatan lumayan sebelum kecenderungan untuk merebut jawatan presiden tahun depan.

"Saya seorang ahli politik, semua ahli politik mengidamkan kedudukan paling tinggi.

"Saya akan mengumumkan keputusan pada waktu yang sesuai mungkin selepas pertarungan," katanya.

Pengaruh Pacquiao di negara yang terkenal dengan politik taksub kepada selebriti meletakkannya dalam kedudukan yang kuat dalam pemilihan presiden.

Bagaimanapun, ia masih belum menjaminnya untuk mencatat kemenangan.

Pertelingkahan umum antara Pacquiao dan Presiden, Rodrigo Duterte mengenai sengketa Laut China Selatan dengan Beijing dan rasuah dapat mengikis sokongan untuk petinju itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Julai 2021 @ 3:15 PM