YHIE KEE mempamer aksi cemerlang. FOTO MSN
YHIE KEE mempamer aksi cemerlang. FOTO MSN
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Badang Paralimpik negara jelas berada di kedudukan tersendiri apabila seorang lagi atlet powerlifting negara berjaya mengesahkan tempat ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung Ogos ini.

Jong Yhie Kee mengesahkan tempat selepas berjaya meraih perak di Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam.

Yhie Kee berjaya mengangkat bebanan 239 kilogram (kg) dalam kategori bawah 107 kg.

Namun, kejayaan mengangkat bebanan itu tidak mampu untuk menewaskan atlet Russia yang memperoleh pingat emas selepas berjaya dengan angkatan 240 kg.

Terdahulu, Bonnie Bunyau Gustin mencipta sensasi apabila memecahkan rekod dunia bagi kategori atas 72 kg pada kejohanan terbabit selepas berjaya melakukan angkatan seberat 230 kg sekali gus merangkul emas.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Jun 2021 @ 9:07 PM