McGregor (kanan) dan Poirier akan bertemu kali ketiga. FOTO Agensi
McGregor (kanan) dan Poirier akan bertemu kali ketiga. FOTO Agensi
Agensi

Los Angeles: Bintang Hollywood, Sylvester Stallone percaya Dustin Poirier mempunyai kelebihan berbanding Conor McGregor pada pertemuan ketiga mereka di UFC.

Dua petarung lightweight itu akan bertemu sekali lagi 10 Julai depan di T-Mobile Arena di Las Vegas selepas masing-masing memenangi salah satu daripada dua perlawanan terdahulu.

McGregor, 32, menewaskan Poirier pada pertemuan pertama tujuh tahun lalu.

Poirier pula berjaya membalas dendam kekalahannya itu apabila menewaskan McGregor pada Januari lalu selepas menumbangkan sensasi Ireland itu di pusingan kedua.

Stallone percaya Poirier adalah pilihan untuk memenangi pertarungan kali ketiga kerana rakan senegara dari Amerika Syarikat (AS) itu dilihat lebih dahagakan kemenangan berbanding McGregor.

Ditanya TMZ pandangannya mengenai perlawanan berkenaan, bintang berusia 74 tahun itu berkata: "Agak sukar membuat pilihan. Anda perlu membuat pilihan seperti melambungkan duit syiling.

"Anda mempunyai Poirier yang dahagakan kemenangan serta seorang lagi (McGregor) yang meraih banyak wang tetapi juga mahukan kemenangan.

"Kedua-duanya hebat tetapi Poirier mempunyai kelebihan."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Mei 2021 @ 11:43 PM