AKSI McIlroy di lapangan North Carolina. FOTO EPA
AKSI McIlroy di lapangan North Carolina. FOTO EPA
AFP

Washington: Rory McIlroy membenam lima bawah par 66 di Quail Hollow dan ia menjadi pemangkin semangat buat bekas pemain nombor satu dunia itu.

Bintang Ireland Utara itu tergelincir ke tangga ke-15 dunia dan tidak beraksi sejak menamatkan saingan di kedudukan ke-10 Kejohanan Arnold Palmer Invitational pada Mac lalu, membenam enam birdie di lapangan North Carolina yang mana juara dua kali itu melengkapkan 36 lubang dengan empat bawah 138.

"Itu lebih baik," kata McIlroy. "Saya berasa seperti saya menemui sesuatu dengan iron minggu lalu.

"Saya tidak mempunyai peluang untuk menunjukkan semalam kerana tidak menemui fairway yang banyak. Tapi hari ini banyak peluang, saya boleh menunjukkan sedikit dan itu satu yang bagus.

"Saya bermain dengan baik di par tiga dan itu adalah sesuatu yang saya tidak dapat lakukan beberapa bulan lalu jadi ia bagus.

McIlroy sebelum ini berdepan aksi merudum apabila terlepas cut di Kejohanan Pemain-Pemain, gagal mara di Kejohanan WGC Match Play dan turut terlepas cut pada kejohanan Masters terakhirnya.

Dia turut mengakui betapa kecewa dengan prestasinya.

"Apabila anda bermain dengan teruk anda akan merasa jauh. Apabila bermain dengan baik, anda sentiasa akan berfikir dalam diri bagaimana rasanya aku boleh berada sejauh ini," katanya.

McIlroy memenangi gelaran AS PGA Tour di Quail Hollow pada 2010 dan sekali lagi menjulang trofi pada 2015, memberikannya tahap keyakinan bahawa dia boleh melakukan birdie di lubang yang sukar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Mei 2021 @ 2:30 PM