Pemain golf Amerika Syarikat, Brendon Todd. FOTO PGA Tour
Pemain golf Amerika Syarikat, Brendon Todd. FOTO PGA Tour
AFP

Los Angeles: Pemain golf Amerika Syarikat, Brendon Todd menarik diri daripada kejohanan Wells Fargo minggu ini selepas diuji positif Covid-19 umum penganjur Jelajah PGA itu hari ini.

Pemain berusia 35 tahun itu, dalam usaha memburu gelaran kejuaraan pertama sejak memenangi dua Jelajah PGA pada November 2019, akan digantikan dengan J.J. Spaun.

"Kami di Jelajah PGA memberi sokongan penuh kepada Todd sepanjang tempoh pengasingan kendiri itu," menurut jurucakap Jelajah PGA itu.

The Wells Fargo berlangsung di Quail Hollow dekat Charlotte, Utara Carolina pada Khamis.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Mei 2021 @ 8:37 AM