Penyerang Inggeris dari Tottenham Hotspur, Harry Kane
Penyerang Inggeris dari Tottenham Hotspur, Harry Kane
Agensi

London: Harry Kane mengulangi keinginannya untuk memenangi trofi susulan kekalahan Tottenham pada final Piala Liga dan mengesahkan spekulasi mengenai masa depannya.

Kapten England, Kane, 27, masih belum memenangi sebarang trofi di Spurs, dengan kekalahan kepada Manchester City dalam penampilan ketiganya di final.

Bakat akademi Spurs menyifatkan musim ini sangat mengecewakan, dengan kelab itu kini berada di tangga ketujuh dalam saingan Liga Perdana.

"Saya mahu menang hadiah paling besar, terlalu banyak tawaran dan kami tidak melakukannya," kata Kane.

Kontrak semasa Kane ketika ini sah sehingga 2024 tapi dia kerap dikaitkan dengan perpindahan kelab lain sejak beberapa minggu sebelum ini.

Kane sudah meledak 31 gol dalam 44 penampilan musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 April 2021 @ 12:07 AM