Kamaru Osman
Kamaru Osman
Agensi

Paris: Kamaru Usman mencabar Khabib Nurmagomedov untuk keluar daripada persaraan dan bertarung dengannya namun meragui ia akan dapat dicapai.

Usman menewaskan Jorge Masvidal dengan sekali tumbukan KO pada hujung minggu lalu dan berminat untuk bertarung dengan atlet seni bela diri campuran dari Russia yang tidak pernah tewas itu.

Tetapi Khabib mengumumkan persaraannya selepas menewaskan Justin Gaethje pada Oktober lalu dan mendedahkan dia sudah berjanji dengan ibunya bahawa ia adalah pertarungan terakhirnya.

Bapa dan jurulatih Khabib, Abdulmanap yang juga pendorong utama dalam pertarungan juga sudah meninggal dunia yang menyebabkan dia berasa begitu sedih dan terkesan.

Bagaimanapun Usman dalam misi meneruskan kecemerlangan kategori welterweight dengan kemenangan 17 pertarungan berturut-turut berharap Khabib memikirkannya semula keputusannya.

Bercakap kepada TMZ Sports, Usman, 33, berkata: "Ia pastinya pertarungan terbesar dalam sejarah UFC.

"Tetapi masalahnya, ia mungkin tidak akan berlaku"

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 April 2021 @ 8:51 PM