Australia tewas 52-51 kepada New Zealand dalam aksi final Piala Dunia Bola Jaring 2019 di Liverpool. FOTO Agensi
Australia tewas 52-51 kepada New Zealand dalam aksi final Piala Dunia Bola Jaring 2019 di Liverpool. FOTO Agensi
Agensi

Australia: Sydney memperoleh hak tuan rumah bagi kejohanan Piala Dunia Bola Jaring 2027.

Ia adalah kali ketiga bandar Australia akan menjadi penganjur bagi acara itu, selepas berjaya melaksanakannya pada 1991 dan 2015.

"Kami tahu bola jaring memainkan peranan penting dalam menghubung dan memperkasakan golongan muda khususnya wanita," kata pengerusi Bola Jaring Australia, Paolina Hunt.

Australia sudah memenangi kejuaraan Piala Dunia sebanyak 11 kali dan turut mara ke final kejohanan pada 2019, yang berlangsung di England sebelum mencatat satu-satunya kekalahan kepada New Zealand dalam kejohanan itu.

"Australia meletakkan bidaan kuat dan kami yakin mereka dapat melaksanakan acara terbaik di bandar Sydney, ketika kami melihat Bola Jaring Australia sudah melakukannya pada edisi sebelumnya," kata Presiden Persekutuan Bola Jaringan Antarabangsa, Liz Nicholl.

Terdahulu Piala Dunia Bola Jaring 2023 akan dianjurkan di Cape Town, Afrika Selatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 April 2021 @ 9:32 PM