Tyson Fury. FOTO IG Tyson Fury
Tyson Fury. FOTO IG Tyson Fury
Agensi

Las Vegas: Tyson Fury kelihatan seperti berada dalam bentuk badan yang ideal sepanjang kariernya menjelang pertarungan menjadi tumpuan bersama Anthony Joshua.

Jaguh WBC berkerja keras di gimnasium menjelang pertarungan gelaran heavyweight berdepan rakan senegara dari Britain.

Dia kelihatan seperti hampir tidak dikenali selepas mengalami penurunan berat badan ketika persediaan dalam penentuan kariernya.

Fury berkongsi beberapa gambar susuk badan fizikal dalam story Instagram, disamping memakai pakaian jenama Gypsy King miliknya.

Malah dia kelihatan berbeza daripada penampilan sebelum ini.

Awal bulan lalu, atlet tinju berusia 32 tahun itu berkata: "Saya berhenti menjalani latihan buat sementara, kerana sedang bercuti.

"Saya menghabiskan masa dengan minum lebih banyak air dan tidak begitu banyak mengambil makanan.

"Saya sudah menjalani latihan berterusan dan menjalani latihan tanpa kemajuan jadi saya ketika ini seorang yang sedang bercuti."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 April 2021 @ 2:12 PM