DJOKOVIC memutuskan untuk tidak menyertai ATP Terbuka Miami. FOTO AFP
DJOKOVIC memutuskan untuk tidak menyertai ATP Terbuka Miami. FOTO AFP
AFP

Miami: Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic memaklumkan bahawa dia akan mengikut jejak langkah legenda Grand Slam, Rafael Nadal dan Roger Federer untuk tidak menyertai ATP Terbuka Miami minggu depan.

Bintang Serbia berusia 33 tahun itu merangkul gelaran Grand Slam ke-18 dan kesembilan di Terbuka Australia bulan lalu.

Kejayaan itu meletakkan dirinya di kedudukan ketiga pemain sepanjang zaman di belakang bintang Switzerland Federer dan Nadal yang meraih 20 gelaran hanya akan kembali mempertahankan gelaran di Terbuka Perancis dalam aksi Grand Slam berikutnya di Roland Garros.

"Peminat yang dihormati, saya membuat pengumuman maaf bahawa tahun ini saya tidak akan bertanding di Miami," kata Djokovic.

Djokovic, juara enam kali Miami itu berkata, dia cuba untuk mengimbangi penyertaannya dalam kejohanan tahun ini kerana isu perjalanan disebabkan Covid-19 dan juga kehidupan bersama keluarga.

"Saya memutuskan untuk menggunakan masa berharga ini di rumah bersama keluarga.

"Dengan semua sekatan saya perlu mencari keseimbangan dalam kehidupan perjalanan dan juga di rumah. Saya tidak sabar untuk kembali tahun depan."

Federer memenangi gelaran Terbuka Miami pada 2019, trofi keempat kejohanan itu dengan kejohanan itu dibatalkan tahun lalu kerana Covid-19.

Dia sedang berusaha meningkatkan tahap kecergasannya untuk berdepan kejohanan utama musim ini.

Manakala Nadal, 34, tidak beraksi sejak tewas di suku akhir Terbuka Australia kepada pemain Greece, Stefanos Tsitsipas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mac 2021 @ 1:10 PM