TUNKU Ismail (dua dari kiri) menerima replika jersi hoki ais daripada Presiden Hoki Ais Johor, M Haikal Saripan pada majlis memperkenal barisan Kelab Hoki Ais JDT.  FOTO RIZAR MOHD NOOR
TUNKU Ismail (dua dari kiri) menerima replika jersi hoki ais daripada Presiden Hoki Ais Johor, M Haikal Saripan pada majlis memperkenal barisan Kelab Hoki Ais JDT. FOTO RIZAR MOHD NOOR
Rizar Mohd Noor


Iskandar Puteri: Bukan sahaja pembabitan dalam bola sepak, Johor Darul Ta'zim (JDT) kini mengorak langkah dalam sukan baharu iaitu hoki ais yang bakal membabitkan diri dalam kejohanan liga domestik, 'Weekend Warriors League' pada Jun depan.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berkata, penyertaan dalam liga itu adalah bukti kesungguhan JDT untuk meningkatkan profil sukan berkenaan di Malaysia sekali gus akan mengembangkan lagi jenama JDT lebih luas.

"Kita sudah kenal pasti 10 pemain dan ditandatangani oleh kelab. Kesemua mereka berusia bawah 20 tahun, kecuali seorang pemain berpengalaman yang berusia 28 tahun.

"Ada antara mereka yang berpengalaman menyertai Sukan SEA. Sebagai persediaan kejohanan nanti, buat masa ini mereka giat berlatih di Sunway, Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat JDT di sini, petang tadi.

Pada majlis itu juga, Tunku Ismail turut melancarkan logo baharu, jersi dan memperkenalkan skuad Kelab Hoki Ais JDT.

Mengulas lanjut, Tunku Ismail berkata, JDT juga akan membina gelanggang hoki ais di Iskandar Puteri, Johor yang dijangka membabitkan kos antara RM8 juta hingga RM9 juta selain akademi hoki ais JDT akan dinaiktaraf bagi melahirkan lebih ramai pemain yang berbakat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Mac 2021 @ 9:23 PM