Katarina Johnson-Thompson. FOTO Agensi
Katarina Johnson-Thompson. FOTO Agensi
Agensi

London: Atlet Britain, Katarina Johnson-Thompson berkata dia mengalami kecederaan tumit belakang pada hujung tahun lalu.

Juara dunia heptathlon itu berkata dia meluangkan tempoh beberapa minggu kebelakangan ini dengan memakai kasut khas yang akan ditanggalkan Isnin ini.

"Ia tidak akan memberi kesan kepada perancangan saya bagi 2021, Tokyo adalah fokus utama," catat atlet berusia 28 tahun itu di media sosial.

"Saya meletak sasaran untuk mewakili Britain dalam Sukan Olimpik ketiga saya."

Katarina memenangi pingat emas dalam Kejohanan Dunia pada 2019, dengan mengalahkan juara bertahan dan pemenang pingat emas Rio 2016, Nafi Thiam.

Tambahnya: "Pemulihan saya berjalan lancar seperti yang dijangkakan dan ketika ini saya berada di rumah dekat Liverpool memberi tumpuan pada pemulihan, saya akan ke Montpellier untuk memulakan latihan pada Mac."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Februari 2021 @ 11:42 PM