KHABIB (kiri) bakal mengumumkan sesuatu Selasa ini. FOTO Agensi
KHABIB (kiri) bakal mengumumkan sesuatu Selasa ini. FOTO Agensi
Agensi

Moscow: Khabib Nurmagomedov mendedahkan akan mengadakan sidang media pada Rabu ini sekali gus mencetuskan spekulasi dia akan kembali beraksi di UFC.

Juara lightweight dari Russia itu yang tidak pernah tewas, kali terakhir beraksi bulan lalu dengan menewaskan Justin Gaethje di UFC 254.

Bintang MMA itu kemudian mengumumkan persaraannya sebagai tanda menghormati pemergian bapanya akibat wabak Covid-19.

Bagaimanapun selepas itu masa depan Khabib masih mencetuskan tanda-tanya, malah Presiden UFC, Dana White menegaskan beliau percaya sensasi Russia itu akan kembali beraksi di oktagon.

Pasukan Khabib mendedahkan bintang itu akan mengumumkan sesuatu pada 2 Disember di Moscow.

"Khabib akan mengadakan pertemuan dengan Media pada 2 Disember di mana setiap orang boleh bertanya mengenai projek terbaharunya yang akan diumumkan nanti," kata pasukan Khabib di Instagram.

Difahamkan Khabib akan mengumumkan projek baharu termasuk rangkaian telefon miliknya.

Bagaimanapun Khabib pasti tidak terlepas daripada ditanyakan soalan berhubung masa depannya.

Dia dijangka akan memberi jawapan terperinci berhubung masa depannya dengan penyokong mahu perlawanan ulangan bersama Conor McGregor yang sebelum ini sudah tiga kali mengumumkan persaraan namun masih terus beraksi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 November 2020 @ 9:47 AM