Mayweather antara bekas petinju dan promoter berjaya dalam karier sukan dunia. FOTO Agensi
Mayweather antara bekas petinju dan promoter berjaya dalam karier sukan dunia. FOTO Agensi
Agensi

Los Angeles: Floyd Mayweather menafikan dia 'terdesak mahukan wang' menjelang aksi pertarungannya di Jepun.

Malah legenda yang bersara itu, mendedahkan mempunyai £1 juta (RM5.43 juta) wang tunai di tangannya ketika ini.

Mayweather sebelum ini mengumumkan akan kembali ke gelanggang pada Februari depan untuk perlawanan pertunjukan di Tokyo.

Ia hadir ketika Mike Tyson, 54, dan Roy Jones Jr, 51, melakukan persediaan untuk keluar dari persaraan hujung minggu depan bagi pertarungan mereka.

Mayweather enggan dikaitkan dengan kedua-dua ikon tinju itu dan menegaskan pertarungan semulanya tiada kaitan dengan mengaut keuntungan.

Mayweather (kanan) beraksi dalam perlawanan pertunjukan menentang atlet kickboxer Jepun pada 2018. FOTO Agensi
Mayweather (kanan) beraksi dalam perlawanan pertunjukan menentang atlet kickboxer Jepun pada 2018. FOTO Agensi

Dia memberitahu USA Today: "Biarkan mereka lakukan apa yang mereka mahukan, kamu tahu?

"Saya tidak boleh memberitahu sesiapa sahaja untuk melakukan perkara yang boleh dan tidak boleh mereka lakukan. Kerana apabila saya membuat pertunjukan. Saya tidak mahu sesiapa mengarah kepada saya apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan.

"Dan saya tidak mahu sesiapa memberitahu saya, 'Ah, Floyd perlukan wang,' saya OK, saya hebat, saya berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

"Saya mempunyai sekurang-kurangnya (£1 juta) [dalam bentuk tunai ketika ini] di tangan saya.

"Saya adalah Floyd 'Money' Mayweather."

Bekas juara dunia itu, sebelum ini pernah beraksi dalam saingan pertunjukan menentang atlet kickboxer Jepun pada 2018.

Walaupun sudah membuat pengumuman keluar dari persaraan pada tahun ini namun Mayweather setakat ini masih belum kembali ke dalam gelanggang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 November 2020 @ 2:24 PM