Katie cemerlang tambah emas skuad Britain di Kejohanan Basikal Trek Eropah dekat Bulgaria. FOTO Agensi
Katie cemerlang tambah emas skuad Britain di Kejohanan Basikal Trek Eropah dekat Bulgaria. FOTO Agensi
Agensi

Bulgaria: Pelumba Britain, Katie Archibald merangkul pingat emas kedua pada Kejohanan Basikal Trek Eropah.

Ia susulan kejayaan dalam acara pecut berpasukan yang dimenangi pada hari kedua di Bulgaria Khamis lalu.

Katie memenangi tiga daripada lima pecutan pertama untuk meletakkannya mendahului pada sebahagian aksi perlumbaan.

Dengan berbaki 30 pusingan, dia melakukan pecutan dan mempamerkan kekuatan pada penghujung pecut dan menang dengan 18 mata.

Pelumba Itali, Silvia Zanardi merangkul perak manakala gangsa milik pelumba Poland, Karolina Karasiewicz.

Katie berkata: "Saya diundi dalam acara pecut dan ia meletakkan saya dalam bahaya, jadi berdepan lapangan berbeza saya berusaha memberikan yang terbaik ketika saya sedar berdepan masalah besar.

"Pecutan di sebelah kanan memberi kelebihan kepada saya, jadi saya gembira meneruskan saingan dan tidak melakukan tindakan salah dan saya terus berusaha menemui sasaran untuk menamatkan perlumbaan."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 November 2020 @ 12:07 PM