Pelumba Britain, Matt Walls bersama pingat emas dimenangi pada Kejohanan Trek Eropah 2020. FOTO ETC
Pelumba Britain, Matt Walls bersama pingat emas dimenangi pada Kejohanan Trek Eropah 2020. FOTO ETC
Agensi

Bulgaria: Pelumba Britain, Neah Evans dan Matt Walls memenangi pingat emas kedua peribadi mereka pada Kejohanan Trek Eropah 2020.

Neah menambah koleksi pingat emas bagi acara pecut berpasukan dengan memenangi acara pecut individu wanita.

Walls yang merangkul emas pertama buat Britain bagi acara elimination di kejohanan itu Rabu lalu, memenangi acara omnium lelaki.

Pemenang pingat emas Olimpik empat kali, Laura Kenny memperoleh pingat perak dalam acara omnium wanita, yang dimenangi pelumba Itali, Elisa Balsamo.

"Apabila ia berjaya diatasi, ia menjadi sangat istimewa - saya sangat bersyukur," kata Neah.

"Rasa bagus untuk kembali berlumba dan untuk mendapat keputusan yang baik adalah sangat hebat."

Rakan sepasukan Neah, Josie Knight menamatkan saingan di tempat keempat dalam acara pecut individu.

Walls, 22, akan mensasarkan jersi juara Eropah ketiga di Madison dekat Plovdiv esok.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 November 2020 @ 12:08 PM