KHABIB jagoan terulung UFC. FOTO Agensi
KHABIB jagoan terulung UFC. FOTO Agensi
Agensi

London: Khabib Nurmagomedov dilaporkan menerima bayaran paling tinggi dalam kariernya berjumlah £4.6 juta (RM24.95 juta) selepas menewaskan Justin Gaethje dalam UFC 254.

Khabib hanya memerlukan dua pusingan menewaskan lawannya menerusi 'submission' di Fight Island.

Jaguh Rusia itu kemudiannya membuat kejutan dengan mengumumkan persaraan daripada oktagon.

Dana White menganggap Khabib kini jagoan terulung UFC yang hanya tewas dua pusingan sepanjang kariernya.

Kemenangan Khabib itu adalah yang ke-29 di MMA dan yang ke-13 di UFC sekaligus mengekalkan rekod 100 peratus.

Selain mengaut RM24.95 juta hasil kejayaan itu, Khabib turut menerima bonus perlawanan hampir £70,000 (RM379,738).

Malah terdapat terma bayar dan tonton dalam kontraknya yang boleh meningkatkan lagi habuan buat Khabib.

Ia bermakna Khabib mendapat ganjaran lebih tinggi berbanding di UFC 242 ketika dia menewaskan Dustin Poirier. Apa yang pasti ia lebih daripada £1.5 juta (RM8.14 juta) yang diterima ketika menewaskan Conor McGregor di UFC 229 dengan pencabar dari Ireland itu menerima bayaran £2.3 juta (RM12.48 juta).

Bagi Gaethje pula, dia dilaporkan membawa pulang hanya £300,000 (RM1.6 juta) dari Arab Saudi.

Khabib dikaitkan dengan pertarungan menentang Georges St-Pierre yang dianggap pertarungan ke-30 yang sangat lumayan tetapi dengan persaraannya, peminat pasti tertunggu langkah selanjutnya daripada jaguh tak pernah tewas itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2020 @ 9:58 PM