PEMAIN Jerman, Hasbach Ben (jersi putih) mengawal bola ketika menentang Perancis.
PEMAIN Jerman, Hasbach Ben (jersi putih) mengawal bola ketika menentang Perancis.
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Ketua jurulatih hoki Perancis, Matthias Dierckens mahu menjadikan Afrika Selatan mangsa seterusnya dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B Piala Dunia Remaja Jumaat ini.

Jelasnya, kemenangan ke atas Afrika Selatan amat penting untuk memastikan laluan ke suku akhir lebih terjamin.

Bagaimanapun, beliau tidak memandang rendah keupayaan lawan mereka itu dan perlu berhati-hati agar tidak menerima kejutan.

"Kami perlu berhati-hati apabila bermain dengan Afrika Selatan. Mereka pasukan yang baik dan kami mahu menang permainan terakhir untuk menamatkan saingan sebagai juara Kumpulan B," katanya.

Mengulas lanjut, beliau kurang berpuas hati dengan pasukannya apabila dilihat agak lambat panas ketika perlawanan pertama menentang Mesir menyebakan mereka terlepas banyak peluang untuk mendapatkan jaringan.

"Saya tidak puas hati ketika menentang Mesir. Kami agak lambat panas dan kami tidak mempunyai sikap yang betul di dalam padang meskipun mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol, tetapi kami hanya menang tiga satu.

"Saya fikir kita sepatutnya menang, mungkin enam atau tujuh satu. Jadi kami agak kecewa dengan keputusan semalam. Tetapi kami jadikan ia satu pengajaran dan mengubahnya menjadi positif untuk menang hari ini ke atas Jerman," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Disember 2023 @ 8:13 PM