SKUAD remaja negara ketika beraksi di siri Jelajah United Kingdom. FOTO MHC
SKUAD remaja negara ketika beraksi di siri Jelajah United Kingdom. FOTO MHC
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Skuad projek khas lelaki kebangsaan sekali lagi diundi bersama pasukan naib juara 2016, Belgium menjelang saingan Piala Dunia Hoki Remaja 2021.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A yang turut membabitkan Afrika Selatan dan Chile di kejohanan yang berlangsung di Bhubaneswar, India dari 24 November hingga 5 Disember depan.

Namun begitu ketua jurulatih negara, Wallace Tan yakin barisan pemainnya mampu melangkah ke suku akhir berdasarkan prestasi selepas pulang dari Siri Jelajah United Kingdom.

"Apa yang penting adalah beri tumpuan pada setiap perlawanan dan layak ke suku akhir walaupun kita akan bertemu Belgium, Chile dan Afrika Selatan.

"Semua perlawanan adalah penting dan perlu diberi perhatian. Jangan pandang rendah dan perlu hormati semua pasukan. Ambil satu demi satu perlawanan," katanya.

Kata Wallace, moral pemain ketika ini berada di tahap terbaik selepas pulang dari Siri Jelajah United Kingdom dan mereka sangat bersemangat untuk menempuh kejohanan itu.

Bagaimanapun kelemahan dari beberapa aspek yang perlu diperbaiki sebelum bertolak ke India.

Untuk rekod ini adalah kali kedua, Malaysia diundi berada dalam satu kumpulan bersama Belgium selepas kali pertama pada Piala Dunia Hoki Remaja 2016.

Malaysia pada ketika itu menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat ketiga dan terpaksa akur berada di kedudukan ke-11.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Oktober 2021 @ 1:20 PM