SOLOZ (kiri) ketika bangga dengan kejayaan SRG. FOTO KOPI SAIGON
SOLOZ (kiri) ketika bangga dengan kejayaan SRG. FOTO KOPI SAIGON
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Personaliti popular e-Sukan dan media sosial, Soloz gembira melihat perkembangan sukan itu di negara ketika ini.

Lebih menggembirakan kejayaan yang dilakarkan oleh Selangor Red Giants (SRG) apabila bergelar juara dunia selepas tujuh tahun di Kejohanan Mid Season Cup (MSC) Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024 di Arab Saudi baru-baru ini.

Soloz berkata, kejayaan yang dilakarkan oleh SRG membantu mengembangkan ekosistem e-Sukan dan memberi impak positif dikalangan peminat sukan itu di tanah air ini.

"SRG memecahkan dominasi e-Sukan yang sebelum ini dikuasai negara jiran Filipina dan Indonesia.

"SRG sudah mengharumkan nama negara sekali gus membuka mata lapisan masyarakat menerima ekosistem e-Sukan sebagai salah satu perkara yang boleh menjana kewangan," kata Soloz.

Soloz atau nama sebenarnya Muhammad Faris Zakaria bersama XK Penjahat iaitu Sofian Sultan melancarkan Dark System Series, hasil kolaborasi bersama jenama minuman Kopi Saigon.

Kejayaan SRG turut menyaksikan apabila pemain jungler SRG, Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul yang lebih dikenali sebagai Sekys berusia 18 tahun turut dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP).

Selaku juara, SRG mendapat durian runtuh apabila membawa pulang trofi kejuaraan serta hadiah wang tunai berjumlah AS$1 juta (RM4.6 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Julai 2024 @ 8:21 PM