LAPAN judul permainan e-sukan dipertandingkan pada Sukan Sea di Hanoi.
LAPAN judul permainan e-sukan dipertandingkan pada Sukan Sea di Hanoi.

Kuala Lumpur: Lapan judul permainan e-sukan termasuk 'League of Legends: Wild Rift dan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) yang menawarkan 10 pingat emas akan dipertandingkan pada Sukan Sea di Hanoi, hujung tahun ini.

Menurut Persatuan Rekreasi dan Sukan Elektronik Vietnam (VIRESA), tiga judul permainan adalah untuk permainan komputer iaitu bagi acara League of Legends (berpasukan), Fifa Online 4 (berpasukan) dan Crossfire (berpasukan), manakala selebihnya bagi permainan peranti mudah alih.

Judul permainan untuk peranti mudah alih pula termasuklah acara League of Legends: Wild Rift lelaki dan wanita berpasukan; Arena of Valor (berpasukan); PUBG berpasukan dan individu; Free Fire (berpasukan) dan Mobile Legends: Bang Bang (berpasukan).

"Semua judul permainan disenaraikan untuk dipertandingkan pada Sukan Sea ke-31 itu telah dilesenkan untuk dimainkan di Vietnam oleh Kementerian Informasi dan Komunikasi," kata VIRESA dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Mac 2021 @ 9:30 PM