PENYERANG Perancis, Kylian Mbappe. FOTO Agensi
PENYERANG Perancis, Kylian Mbappe. FOTO Agensi
AFP

Dortmund, Jerman: Kylian Mbappe kembali dalam kesebelasan utama Perancis untuk pertembungan Euro 2024 dengan Poland awal pagi ini, penampilan pertamanya sejak mengalami patah hidung ketika menentang Austria minggu lalu.

Mbappe mengalami kecederaan di hidung ketika kemenangan 1-0 ke atas Austria pada 17 Jun lalu dan terpaksa disisihkan pada aksi kedua Kumpulan D menentang Belanda yang berkesudahan seri tanpa jaringan.

Pemain baharu Real Madrid itu dijangka memakai topeng muka pelindung muka akan mengetuai pasukan Perancis yang sudah layak ke pusingan 16 terakhir.

Pengendali Perancis, Didier Deschamps menyenaraikan namanya dalam kesebelasan utama disamping Bradley Barcola turut bakal meraih penampilan pertama buat negaranya.

Untuk itu, dua pemain senior iaitu Antoine Griezmann dan Marcus Thuram terpaksa direhatkan oleh Deschamps.

Poland sudah pun tersingkir daripada perebutan slot ke pusingan 16 terbaik selepas tewas kepada Austria dan Belanda sebelum ini.

Justeru ini peluang terbaik Poland untuk menebus kedukaan itu dengan cuba meraih mata menentang Perancis.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2024 @ 11:42 PM