MESSI (tiga dari kanan) menjalani latihan bersama rakan sepasukan di   Whippany, New Jersey. FOTO AFP
MESSI (tiga dari kanan) menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Whippany, New Jersey. FOTO AFP
AFP

East Rutherford, Amerika Syarikat: Sehari selepas berusia 37 tahun, Lionel Messi kembali ke salah satu venue paling mengecewakan dalam karier gemilangnya apabila Argentina menentang Chile di Stadium MetLife dalam aksi Kumpulan A Copa America, pagi esok.

Lapan tahun lalu, Messi antara pemain skuad Argentina yang tewas penentuan penalti di tangan Chile di venue New Jersey yang menyaksikan penaltinya diselamatkan penjaga gol lawan.

Ia kekalahan di final ketiga berturut-turut buat Argentina dan Messi selepas Piala Dunia 2014 kepada Jerman di Brazil dan Copa America 2015 di mana Chile muncul juara di tempat sendiri.

Fokus ketika itu tertumpu kepada Messi yang menyinar dan meraih banyak trofi di peringkat kelab bersama Barcelona tetapi gagal mengulanginya dengan Argentina.

"Ia tidak bagus kepada sesiapa sahaja, untuk saya dan semua. Saya mecuba tetapi kami masih gagal memenanginya. Ia menyakitkan saya lebih daripada orang lain," kata Messi.

Kini di New Jersey dan menentang Chile sekali lagi dalam saingan Copa America, Messi dan Argentina berpeluang meraih gelaran ketiga berturut-turut di kejohanan utama antrabangsa

Juara dunia itu yang menjadi pilihan menjuarai Copa America bermula cemerlang dengan menewaskan Kanada 2-0 di Atlanta minggu lalu manakala Chile tidak seperti 2016 hanya menang sekali dalam aksi kelayakan Piala Dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2024 @ 8:50 AM