SYLVINHO memeluk pemainnya selepas tamat perlawanan menentang Sepanyol. FOTO AFP
SYLVINHO memeluk pemainnya selepas tamat perlawanan menentang Sepanyol. FOTO AFP
Reuters

Duesseldorf, Jerman: Prestasi menarik Albania ketika menentang tiga gergasi Eropah - Itali, Croatia dan Sepanyol di Euro 2024 mencetuskan kebanggaan kepada penyokong dan jurulatih mereka walaupun tersingkir daripada peringkat kumpulan.

"Pemain saya memberikan yang terbaik di atas padang dan mereka akan mengingatinya sepanjang hayat," kata jurulatih Albania dari Brazil Sylvinho selepas pasukannya tewas tipis 0-1 di tangan Sepanyol dalam aksi terakhir Kumpulan B, awal pagi tadi.

Albania lebih banyak melakukan percubaan ke arah gol berbanding lawan mereka yang lebih gah dan mengasak hebat untuk jaringan penyamaan di hadapan penyokong yang berbaju serba merah.

Sebelum ini mereka turut tewas tipis 1-2 di tangan Itali dan seri 2-2 dengan Croatia dalam perlawanan yang ramai menganggap Albania bakal menjadi mangsa belasahan.

"Tiada siapa dimalukan. Kami beraksi di tahap tertinggi. Mereka pemain yang lengkap kepada saya sebagai jurulatih – ia emas sebenar," kata Sylvinho yang mengubah nasib Albania sejak mengendalikan pasukan itu sejak 2023.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2024 @ 8:11 AM