JERSI berkenaan kehabisan stok dalam laman web Adidas. FOTO AFP
JERSI berkenaan kehabisan stok dalam laman web Adidas. FOTO AFP
AFP

Frankfurt: Diejek semasa pelancarannya, jersi merah jambu dan ungu Jerman telah menjadi tumpuan di Euro 2024, di mana ia menambah percikan warna pada tempat duduk ketika aksi membabitkan tuan rumah.

Jersi warna menyerlah itu dijual 'hampir sama banyak' dengan warna putih tradisional Jerman, kata jurucakap Adidas Stefan Pursche kepada AFP.

Permintaan yang tinggi telah menjadikannya 'jersi terlaris dalam sejarah' Jerman, mendahului jersi hijau atau hitam ikonik sebelumnya.

Walaupun keraguan awal terhadap warna berkenaan dan beberapa ulasan homofobik atau seksis ia diterima oleh peminat.

"Saya rasa berani memilih warna sebegitu," kata peminat Alex Mueller, 39, kepada AFP di luar perlawanan Jerman menentang Switzerland pada Ahad, dengan memakai baju merah jambu yang diterima sebagai hadiah.

Jersi itu kehabisan stok di laman web Adidas pada pagi hari ini, dengan bekalan baharu akan diletakkan dalam talian esok.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Jun 2024 @ 11:26 PM