AKSI antara Kuching City FC yang mengikat TFC 1-1 sebentar tadi. FOTO Bernama
AKSI antara Kuching City FC yang mengikat TFC 1-1 sebentar tadi. FOTO Bernama
BERNAMA

Kuching: Pasukan tuan rumah Kuching City FC, menafikan hasrat Terengganu membawa pulang tiga mata selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada pertembungan di Stadium Negeri Sarawak.

Selepas tiada sebarang gol terhasil pada separuh masa pertama, skuad Penyu akhirnya memecah kebuntuan selepas enam minit babak kedua bersambung menerusi penalti yang disempurnakan pemain sayap, Safawi Rasid.

Namun, kelebihan itu tidak bertahan apabila Kuching City menyamakan kedudukan menerusi pemain import, Yuki Tanigawa pada minit ke-80 sekali gus menyekat rentak Terengganu dalam mengejar JDT.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Jun 2024 @ 12:43 AM