WILLIAMS (kanan) beraksi cemerlang bersama Sepanyol setakat ini. FOTO AFP
WILLIAMS (kanan) beraksi cemerlang bersama Sepanyol setakat ini. FOTO AFP
Reuters

Duesseldorf: Sepanyol yang mengagumkan memperoleh tempat teratas dalam Kumpulan B dan mara ke pusingan 16 terakhir Euro 2024 tetapi tidak akan 'menarik brek tangan' menentang Albania di Duesseldorf Selasa ini.

Walaupun jurulatih Luis de la Fuente mempunyai peluang untuk merehatkan pemain bagi perlawanan terakhir kumpulan, beliau juga mahu mengekalkan momentum yang dibina Sepanyol.

"Kami masih jauh untuk memenangi Euro. Kami masih belum mencapai apa-apa. Baiklah, kami memenangi beberapa perlawanan penting. Kami mempunyai prospek yang menarik," kata De la Fuente selepas pasukannya mengatasi juara bertahan Itali.

"Tetapi bola sepak juga boleh menjadi sangat kejam. Jadi kita perlu berhati-hati. Kita perlu merendah diri. Kami perlu menunjukkan rasa hormat."

Jurulatih sering keberatan, sekurang-kurangnya tampil di khalayak ramai, untuk membebankan pemain mereka dengan harapan yang tinggi, tetapi De la Fuente tidak lambat untuk berbuat demikian dengan menyifatkan skuadnya sebagai yang terbaik dalam kejohanan, jika bukan terbaik di dunia.

Mengenai bukti setakat ini, beliau mempunyai alasan apabila Sepanyol kelihatan sempurna dan memburu peluang untuk mereka memenangi Euro keempat.

Bintang remaja seperti Lamine Yamal, pemain sayap Nico Williams dan Pedri yang berusia 21 tahun semuanya mempamerkan aksi mempesonakan menentang Itali manakala penyerang Alvaro Morata, pertahanan Dani Carvajal dan tonggak tengah, Rodri menggunakan pengalaman kejohanan yang tidak ternilai.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2024 @ 8:19 PM