RICE (kiri) dalam aksi perlawanan Kumpulan C menentang Denmark. -FOTO AFP
RICE (kiri) dalam aksi perlawanan Kumpulan C menentang Denmark. -FOTO AFP
Agensi

Berlin: Declan Rice berkata England "memberi terlalu banyak tekanan kepada diri sendiri" selepas pasukan Gareth Southgate seri dengan Denmark dalam perlawanan kedua kumpulan mereka di Euro 2024.

Biarpun England berada di puncak Kumpulan C tetapi dikritik kerana prestasi mereka selepas keputusan seri 1-1 Jumaat lalu menentang Denmark dan kemenangan 1-0 ke atas Serbia dalam aksi pembukaan.

Pasukan Southgate mara ke final di Euro 2020 - hampir menamatkan penantian Three Lions selama 58 tahun untuk merangkul trofi utama.

Pemain tengah Arsenal, Rice berkata skuad itu "terdesak untuk membanggakan negara" tetapi Southgate percaya pemainnya mungkin "terlalu mengambil berat" ketika mereka mencari kejayaan Eropah.

"Kami semua sangat ingin menang, muncul juara, keluar dari sana dan memberi kenangan yang akan diingati seumur hidup dan kadang-kadang saya mungkin berasa seperti kita terlalu menekan diri sendiri di mana kita boleh pergi ke sana dan membiarkannya semuanya berjalan dengan sendirinya," kata Rice.

"Kita tahu kita boleh menjadi lebih baik dalam dan luar kawalan bola dan masih banyak yang perlu diperbaiki dan menjadikannya sesuatu yang positif.

Dengan hasil positif baru-baru ini dalam kejohanan serta musim yang cemerlang untuk pemain penting seperti penyerang Jude Bellingham, Harry Kane, Phil Foden, dan Bukayo Saka, England tiba di Jerman sebagai salah satu pasukan yang dijangka untuk memenangi pertandingan.

Walau bagaimanapun, persembahan menentang Denmark, di mana England gagal memanfaatkan gol pembuka Kane pada minit ke-18, digambarkan sebagai "membingungkan dan membimbangkan" oleh bek England, Rio Ferdinand yang melemparkan kritikan selepas perlawanan.

"Saya fikir mungkin terdapat lebih banyak tekanan sekarang dari luar hanya kerana musim yang dilalui beberapa pemain kami," kata Rice.

"Jika anda melihat gol yang dicetak oleh empat penyerang utama kami tahun ini, jumlahnya melebihi 100. Tentu saja ada harapan kerana mereka adalah pemain terbaik di dunia. Dan itu berlaku untuk setiap orang dalam pasukan.

"Tekanan akan wujud. Ini adalah England dalam kejohanan besar. Tetapi ini adalah tugas kami dan ini adalah apa yang kami harus hadapi," kata Rice.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2024 @ 10:52 AM