PENYOKONG Jerman sempat berswafoto sebelum menyerahkan telefon Kieran kepada polis. FOTO Agensi
PENYOKONG Jerman sempat berswafoto sebelum menyerahkan telefon Kieran kepada polis. FOTO Agensi
Reuters

Stuttgart: Apabila anda kehilangan telefon di luar negara, anda hampir tidak menyangka untuk mendapatkannya semula, apatah lagi terdapat swafoto tersenyum dibuat oleh penyokong lawan yang kemudiannya baik hati menyerahkan kepada polis.

Tetapi itulah yang berlaku kepada seorang peminat Scotland di Jerman yang menemui semula telefonnya yang hilang dan terdapat kejutan yang menyenangkan dalam fail gambar.

Beribu-ribu peminat Scotland menempuhi perjalanan yang jauh ke Euro, dengan mengenakan skirt dan beg tradisi mereka, dan disambut penuh kasih sayang oleh penyokong tuan rumah.

Di mana suatu ketika dahulu pusat bandar Jerman akan mempunyai bunyi pancaragam oom-pah bergema di jalanan, kini ia diselubungi gemuruh bagpipe bersama-sama dengan laungan 'Tiada Scotland, tiada parti'.

"Kieran tertinggal telefonnya di tandas mudah alih. Peminat Jerman itu menemuinya, mengambil swafoto, kemudian menyerahkannya kepada polis. Dia memperoleh telefonnya kembali," badan penyokong Kumpulan Tentera Tartan yang menyiarkan di X bersama gambar lima peminat tersenyum.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2024 @ 9:37 PM