IRWAN Syazmin mahu pasukan mencatat kemenangan sulung pada aksi keempat Liga Super menentang PDRM FC, di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, Ahad ini. FOTO IHSAN KDN FC
IRWAN Syazmin mahu pasukan mencatat kemenangan sulung pada aksi keempat Liga Super menentang PDRM FC, di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, Ahad ini. FOTO IHSAN KDN FC
Nor Amalina Alias


Kota Bharu: Kelantan Darul Naim FC mahu pertembungan saingan Liga Super menentang PDRM FC, Ahad ini mencatat kemenangan sulung buat pasukan.

Tewas tiga aksi awal Liga Super dan tersingkir saingan Piala FA menjadi punca skuad kijang emas enggan berputih mata lagi, apatah lagi aksi Ahad ini bakal berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bahru.

Pertahanan pasukan, Mohd Irwan Syazmin Wahab mahu rakan sepasukan segera melupakan kekalahan sebelum ini dan wajib menang ke atas PDRM di laman sendiri.

"Lawan juga baru dikejutkan dengan Piala FA jadi mereka pasti melakukan segalanya untuk menundukkan kami di Kota Bharu.

"Tetapi pungutan mata penuh akan dapat memperbaiki kedudukan kami dalam carta liga dan mengurangkan tekanan kepada pemain selepas tewas semua perlawanan sebelum ini, jadi ini peluang terbaik kami," katanya kepada media, hari ini.

Irwan yang diturunkan dalam dua aksi KDN FC, turut berharap pasukan akan bangkit dan mencatat kemenangan pertama anak buah Park Jae Hong.

KDN FC kini menduduki tangga ke 12 liga selepas gagal meraih sebarang mata dalam tiga perlawanan yang sudah berlangsung, keputusan sama turut diraih pasukan Negeri Sembilan dan Kedah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2024 @ 8:37 PM