GAYA Alvarez meraikan jaringan pertama Argentina. FOTO AFP
GAYA Alvarez meraikan jaringan pertama Argentina. FOTO AFP
Reuters

Atlanta: Juara bertahan Argentina menewaskan Kanada 2-0 dalam aksi pembukaan Copa America di Atlanta pagi ini dengan penyerang Julian Alvarez dan Lautaro Martinez menjaringkan gol pada babak kedua untuk mengesahkan kemenangan.

Kanada turut tampil garang pada babak pertama dan mencipta beberapa peluang tetapi Argentina terlebih dahulu hampir di depan menerusi Angel di Maria tetapi percubaannya tersasar.

Skuad Lionel Scaloni akhirnya memecah kebuntuan empat minit selepas rehat apabila Alvarez melepaskan rembatan hasil hantaran Alexis Mac Allister sebelum Martinez yang mendapat hantaran Lionel Messi menolak bola masuk untuk melengkapkan kemenangan pada minit ke-88.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2024 @ 10:43 AM