HOJBJERG mengambil gambar bersama trofi anugerah pemain terbaik perlawanan. FOTO Reuters
HOJBJERG mengambil gambar bersama trofi anugerah pemain terbaik perlawanan. FOTO Reuters
Reuters

Frankfurt: Pemain tengah Denmark, Pierre Emile Hojbjerg rela menukarkan anugerah pemain terbaik perlawanan dengan tiga mata selepas pasukannya berjaya mengikat England 1-1 dalam aksi Kumpulan C Euro 2024 sebentar tadi.

Menurut Hojbjerg, mereka sudah beraksi dengan baik dan bertindak bijak ketika berdepan salah satu pasukan pilihan untuk saingan Euro kali ini.

"Saya akan menukarnya (anugerah pemain terbaik perlawanan) untuk tiga mata. Kami bermain dengan baik, kami bermain dengan bijak, menjengkelkan kerana kami tidak boleh mendapatkannya. Kami mempunyai banyak peluang, kami perlu terus melihat ke hadapan dan melakukannya, kami masih mempunyai masa.

"Kami perlu terus membina dan kemudian bermain dengan cara kami bermain hari ini. Hari ini, kami bermula dengan baik, kami terus berjuang dengan baik, dan saya rasa kami menamatkan saingan dengan baik. Lain kali, kami akan menang," katanya.

Sementara itu pemain Morten Hjulmand bangga dapat menjaringkan gol penyamaan dari luar petak penalti selepas melepaskan rembatan deras menewaskan penjaga gol, Jordan Pickford.

"Saya masih belum sedar, menjaringkan gol untuk Denmark pada perlawanan utama adalah sangat besar maknanya, jadi sudah tentu saya berbangga.

"Mereka (peminat) sangat hebat, mereka mendominasi di ruangan penonton," katanya yang berterima kasih di atas sokongan padu diberikan penyokongnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2024 @ 3:15 AM