MBAPPE memakai topeng perlindungan ketika turun berlatih. FOTO Reuters
MBAPPE memakai topeng perlindungan ketika turun berlatih. FOTO Reuters
Reuters

Leipzig: Kapten Perancis, Kylian Mbappe sepatutnya bersedia untuk perlawanan kedua peringkat kumpulan Euro menentang Belanda selepas patah hidung dalam kemenangan pembukaan 1-0 ke atas Austria, kata pengurus Didier Deschamps.

Penyerang itu cedera dalam perlanggaran dengan pemain Austria, Kevin Danso, dan menyuarakan di media sosial untuk meminta bantuan mencari topeng pelindung supaya dia boleh bermain menentang Belanda dalam Kumpulan D pagi esok.

"Semuanya menuju ke arah yang betul selepas kejutan besar yang dia alami, dengan akibatnya," kata Deschamps kepada pemberita.

"Semalam, seperti yang anda lihat, dia dapat keluar dan melakukan beberapa aktiviti. Begitu juga malam ini.

"Jadi ia berkembang ke arah yang betul untuk memastikan dia boleh diturunkan esok."

Mbappe mencuba topeng yang dibuat khas.

"Kylian Mbappe akan memakai topeng, iya, anda tidak perlu tahu butiran mengenai topeng ini," kata Deschamps

Belanda juga memenangi perlawanan pembukaan mereka, bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Poland 2-1.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2024 @ 1:06 AM