HADIN berharap NSFC raih kemenangan sulung musim ini apabila melayan kunjungan KL City pada Jumaat ini. FOTO NSFC
HADIN berharap NSFC raih kemenangan sulung musim ini apabila melayan kunjungan KL City pada Jumaat ini. FOTO NSFC
Mohd Amin Jalil


Seremban: Kelebihan beraksi di laman sendiri akan digunakan sebaik mungkin skuad Negeri Sembilan FC (NSFC) bagi mendapatkan kemenangan sulung pada saingan Liga Super musim ini.

Selepas mengalami tiga kekalahan berturut-turut iaitu dua aksi liga dan satu aksi Piala FA membabitkan pertembungan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC, skuad berkenaan berharap pertembungan dengan Kuala Lumpur (KL) City FC, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Jumaat ini, menghasilkan keputusan positif.

Penyerang pasukan itu, Muhammad Hadin Azman, mengakui dia dan rakan sepasukan perlu menggandakan usaha dan meningkatkan lagi prestasi untuk memastikan perlawanan ketiga liga itu berakhir dengan kemenangan.

"Walaupun KL City memiliki reputasi kuat dalam Liga Malaysia selain turut memiliki ramai pemain berwibawa, kami perlu gunakan peluang di laman sendiri ini dengan sebaik mungkin bagi mendapatkan kemenangan pertama musim ini.

"Perkara utama adalah mengekalkan fokus kepada perlawanan, memperkemaskan semula persembahan dan tidak mengulangi kesilapan seperti menentang Selangor tempoh hari.

"Paling penting, kami perlu menjaringkan gol dan memastikan gawang tidak bolos," kata Hadin.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Jun 2024 @ 7:34 PM