PENJAGA gol Sri Pahang FC, Zarif Irfan Hashimuddin. FOTO SRI PAHANG FC
PENJAGA gol Sri Pahang FC, Zarif Irfan Hashimuddin. FOTO SRI PAHANG FC
Asrol Awang


Kuantan: Penjaga gol Sri Pahang FC, Zarif Irfan Hashimuddin mengakui cabaran getir bakal dihadapi apabila berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Sabtu ini.

Pemain berusia 29 tahun itu berkata, skuad Tok Gajah bertandang ke tempat lawan yang dilihat memiliki pelbagai kelebihan dan berada pada prestasi lebih baik.

"Sejujurnya harapan saya nak menang, tapi kita tahu siapa JDT dan mereka beraksi di halaman sendiri.

"Namun, saya dan rakan sepasukan akan melakukan yang terbaik dan kami akan berusaha untuk memberikan tentangan kepada skuad Harimau Selatan biarpun tuan rumah dilihat memiliki banyak kelebihan.

"Berbekalkan komitmen dan percaturan ketua jurulatih (Fandi Ahmad), kami akan memberikan segala-galanya sepanjang 90 minit perlawanan," katanya.

Mengulas kegagalan layak ke suku akhir Piala FA selepas tewas di tangan Penang FC, Zarif Irfan perlu melupakannya dan kembali fokus dalam saingan Liga Super.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Jun 2024 @ 7:25 PM