MBAPPE memegang hidungnya yang patah ketika menentang Austria.  FOTO Reuters
MBAPPE memegang hidungnya yang patah ketika menentang Austria. FOTO Reuters
Agensi

Dusseldorf: Kylian Mbappe berdebar menunggu sama ada dia boleh beraksi baki saingan Euro 2024 selepas hidung kapten Perancis itu patah ketika pasukannya menewaskan Austria 1-0, Isnin lalu.

Walaupun dia tidak memerlukan pembedahan segera, Perancis masuk memantau situasinya dan masih belum menetapkan jangka masa pemulihannya menjelang pertembungan dengan Belanda pagi Sabtu ini.

Presiden Persekutuan Bolasepk Perancis Philippe Diallo ketika sidang media berkata masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada Mbappe dapat beraksi sehingga tamat kejohanan walaupun perancangan dibuat untuk penyerang berusia 25 tahun itu topeng khas.

Mbappe dibawa ke hospital selepas berlaga dengan bahu pertahanan Austria ketika Perancing menang 1-0 di Dusseldorf, perlawanan yand dicemari dengan kecederaan dialami pemain baru Real Madrid itu.

"Respon pertama agak positif bahawa Mbappe tak perlukan rawatan sugersi ketika ini," kata Diallo.

"Kini masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada dia boleh beraksi untuk baki kejohanan atau memberikan jadual untuk situasi dia."

"Doktor berusaha mengurangkan kesan patah hidung itu untuk membolehkan dia kekal bermain di kejohanan ini," katanya lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Jun 2024 @ 1:35 PM