Video yang viral di media sosial memaparkan seorang penyokong England tertidur hingga stadium kosong.- Agensi
Video yang viral di media sosial memaparkan seorang penyokong England tertidur hingga stadium kosong.- Agensi
Reuters

Gelsenkirchen (Jerman): Hanya kerana 'tidur mati', seorang penyokong England terkejut apabila mendapati stadium kosong selepas beberapa jam perlawanan Euro 2024 membabitkan pasukan kegemarannya menentang Serbia.

"Saya baru sahaja terbangun. Sekarang pukul empat pagi," kata peminat yang tidak dikenali itu.

Dalam video itu juga menunjukkan barisan tempat duduk kosong di belakangnya di stadium di Gelsenkirchen di mana England menang 1-0 dalam perlawanan pembukaan.

Video itu menjadi viral dengan ditonton ratusan ribu kali, mencetuskan rasa lucu di kalangan penyokong England lain, walaupun ada yang mempersoalkan bagaimana pihak keselamatan tidak menyedari penyokong yang tertidur itu dan juga lampu di venue berkenaan masih menyala pada awal pagi.

"Inilah yang berlaku apabila anda menonton bola 'Sleepy Southgate'!" gurau seorang penyokong England merujuk kepada prestasi separuh masa kedua pasukan bimbingan jurulatih Gareth Southgate yang kurang memuaskan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2024 @ 11:27 PM