Nikola Vlasic (dua dari kanan) bersama rakan sepasukannya. - Reuters
Nikola Vlasic (dua dari kanan) bersama rakan sepasukannya. - Reuters
AFP

Zagreb: Pemain tengah Croatia Nikola Vlasic, akan terlepas baki perlawanan Euro 2024 akibat kecederaan otot, kata persekutuan bola sepak Croatia (HNS).

Vlasic yang juga pemain Torino cedera semasa sesi latihan dengan imbasan MRI kemudian mendedahkan ototnya terkoyak, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh persekutuan namun tidak memberikan maklumat lebih lanjut mengenai jenis kecederaan itu.

Pemain berusia 26 tahun itu beraksi sebagai pemain gantian sebelum tewas 3-0 kepada Sepanyol pada perlawanan pembukaan kejohanan Euro 2024.

Sebelum kejohanan itu, Vlasic juga mengalami kecederaan adductor namun akhirnya dibenarkan beraksi di Jerman.

"Nikola memberikan komitmen tinggi membantu pasukan di Euro 2024 dan dia adalah sebahagian daripada pasukan ini.

"Malangnya, kecederaan kedua ini berlaku, dan saya hanya boleh mengucapkan terima kasih kepada Nikola atas usaha hebatnya dan mengharapkan pemulihan yang cepat," kata jurulatih Croatia, Zlatko Dalic, dalam satu kenyataan HNS.

Sementara itu, Vlasic turut menyatakan rasa kekesalan kerana tidak dapat membantu pasukan akibat kecederaan itu.

"Saya melakukan segala yang mungkin untuk bersedia ... Saya percaya pada pasukan ini dan saya pasti mereka akan berjaya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2024 @ 11:03 PM