Mbappe mengalami patah hidung selepas bertembung dengan pemain lawan. - Reuters
Mbappe mengalami patah hidung selepas bertembung dengan pemain lawan. - Reuters

Reuters

Wolfburg (Jerman): Ketiadaan Kylian Mbappe pada perlawanan seterusnya menentang Belanda tidak bermakna lawannya itu tidak goyah apabila bertemu Perancis kelak.

Hal ini kerana, Perancis terkenal memiliki barisan pemain terbaik terutamanya di bahagian serangan sekali gus bakal memberi ancaman kepada Belanda.

Hidung Mbappe patah pada perlawanan menentang Austria yang berlangsung di Duesseldorf dan masih belum jelas sama ada kapten Perancis itu dapat beraksi menentang Belanda di Leipzig pada Jumaat ini.

Kehadiran Mbappe boleh dikatakan mimpi ngeri buat Belanda yang menyaksikan kedua-dua pasukan berada dalam kumpulan sama di mana dia menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-0 di Paris dan kemudian menjaringkan kedua-dua gol dalam kemenangan 2-1 dalam aksi timbal balik di Amsterdam pada Oktober tahun lalu.

"Tidak kira jika dia ada atau tidak. Mereka mempunyai ramai penyerang hebat lain dan selain itu pasukan mereka juga sangat baik.

"Tetapi kami tidak takut kepada sesiapa jadi sama ada dia ada atau tidak, ia tidak membuat perbezaan," kata penjaga gol Belanda Bart Verbruggen.

Pemain berusia 21 tahun itu membuat debutnya pada Oktober tahun lalu namun tewas di tempat sendiri kepada Perancis, dengan jaringan itu disempurnakan Mbappe.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2024 @ 10:43 PM