PENONTON yang menulis nama makanan merujuk kepada pasukan lawan. -FOTO Agensi
PENONTON yang menulis nama makanan merujuk kepada pasukan lawan. -FOTO Agensi
ANTARA sepanduk perang makanan di kalangan penyokong. -FOTO Agensi
ANTARA sepanduk perang makanan di kalangan penyokong. -FOTO Agensi
Agensi

Hamburg, Jerman: Euro 2024 bukan saja membabitkan 'peperangan' antara negara-negara bertanding malah ia turut membabitkan perang makanan di kalangan penonton.

Mulanya peminat Albania menyindir lawan mereka, Itali dengan mematahkan spageti yang belum dimasak di hadapan mereka.

Kemudian Austria mengikutinya, memecahkan baguette di muka peminat Perancis sebelum pertembungan Euro 2024.

Ribuan peminat hadir ke Jerman untuk menyaksikan kejohanan yang berlangsung selama sebulan itu, menghiburkan diri mereka dengan 'perang makanan' yang kelihatan sama hangat seperti kejohanan itu sendiri.

Selain pelbagai makanan yang dijual di jalanan yang mencetuskan pelbagai ragam situasi, sepanduk makanan turut muncul di stadium-stadium.

"Cheese fondue lebih baik daripada goulash" diungkapkan dalam satu spanduk ketika perlawanan Switzerland lawan Hungary.

"Makan Pasta, Lari Fasta," perkataan yang ditulis di poster oleh penyokong Itali ketika berdepan Albania.

"Kielbasa (sosej) lebih baik daripada gouda," tulis peminat Poland ketika berdepan Belanda.

Namun, penghinaan makanan ini setakat ini terbukti membawa nasib buruk.

Albania tewas 1-2 kepada Itali selepas pecah pasta mereka dan Austria tewas 0-1 kepada Perancis yang suka baguette.

Terdahulu tuan rumah Jerman bimbang tercetusnya masalah keganasan membabitkan penyokong namun mujur tiada masalah serius yang berlaku setakat ini sebaliknya lebih kepada peperangan makanan seperti spageti dan roti.

"Syukur keganasan tidak berlaku. Sebaliknya kami melihat banyak keseronokan dan gurauan antara peminat seperti 'perang makanan' yang kelakar ini," kata pemegang gerai makanan Roland Koch di Hamburg.

"Jangan main-main dengan 'currywurst' kami - kalau tidak nanti akan ada masalah, saya beri amaran kepada anda!," tambahnya, merujuk kepada sosej dan sos pedas yang ada di dijual di mana-mana kiosk dan nampaknya setiap sudut jalan lain di Jerman.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2024 @ 10:20 PM