NEUER akui pengalaman mereka mampu membantu skuad Jerman. FOTO AFP
NEUER akui pengalaman mereka mampu membantu skuad Jerman. FOTO AFP
AFP

Herzogenaurach: Dengan gabungan usia 106, tiga pemain Jerman yang masih tinggal ketika menjulang Piala Dunia 2014, Manuel Neuer, Thomas Mueller dan Toni Kroos sedang memimpin pasukan tuan rumah untuk meraih kegemilangan di Euro 2024.

Neuer, Mueller dan Kroos adalah pemain dalam skuad sekarang yang masing-masing bermain lebih 100 perlawanan untuk Jerman.

Bagaimanapun, mereka bukan sahaja ahli pasukan yang paling berpengalaman, malah juga boleh mengingati masa ketika Jerman berada di puncak dunia bola sepak.

Sejak penyingkiran separuh akhir kepada Perancis pada Euro 2016, Jerman bergelut dalam kejohanan besar, dengan dua penyingkiran peringkat kumpulan di Piala Dunia dan tersingkir di peringkat 16 terakhir ketika bertemua England pada Euro 2020.

Selepas kemenangan 5-1 menentang Scotland dalam aksi pembukaan kejohanan, persembahan terbaik mereka di kejohanan utama selama hampir sedekad, pemain era emas Jerman ini mengharapkan penampilan terakhir yang berjaya di tanah air.

Neuer berkata, dia 'gembira bergaul' dengan ahli pasukan yang lebih muda, sambil bergurau dia boleh 'mendengar perbualan yang mungkin sedikit berbeza dengan Kroos atau Mueller.

"Banyak pengalaman yang kami lalui bersama. Ada masanya kami melalui perlawanan pertama yang baik atau buruk dan pada mulanya anda tidak selalu tahu di mana kedudukan anda.

"Saya rasa hubungan antara kami adalah sangat baik dan sudah bertahun-tahun juga.

"Tetapi kami bukan sahaja berjaya di luar padang, kami juga menjadi watak baik di atas padang yang sentiasa memberikan segala-galanya kepada pasukan," katanya.

Ketika ini tumpuan ke arah Jamal Musiala dan Florian Wirtz, di mana kedua-duanya berusia 21 tahun, ditempatkan di bahagian kanan dan kiri Kai Havertz yang berumur 25 tahun.

Mereka menjadi penggerak kepada pasukan yang membariskan skuad berpengalaman pada saingan Euro kali ini,

Dengan purata umur 28.5 tahun, skuad Jerman adalah yang tertua pada kejohanan ini, dengan 10 daripada 26 pemain berusia 30 tahun ke atas.

Kesebelasan utama menentang Scotland adalah yang tertua mereka pernah turunkan sejak Euro 2000, apabila Lothar Matthaeus mengetuai Jerman menentang Romania.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2024 @ 1:03 PM