PEMAIN Croatia azam bangkit semula selepas permulaan langkah kiri. FOTO AFP
PEMAIN Croatia azam bangkit semula selepas permulaan langkah kiri. FOTO AFP
AFP

Hamburg: Croatia akan berusaha untuk bangkit semula dalam kempen Euro 2024 menentang Albania esok walaupun 'generasi emas' mereka dalam bahaya menghadapi perpisahan yang mengecewakan di peringkat tertinggi selepas kekalahan kepada Sepanyol.

Croatia, yang pernah mara ke separuh akhir Piala Dunia pada tahun 1998 itu berkata, mereka menikmati kejayaan yang belum pernah terjadi sejak bertarung di perlawanan akhir Piala Dunia 2018 di Rusia, di mana mereka tewas kepada Perancis.

Pasukan kendalian Zlatko Dalic sedang berusaha untuk mara ke peringkat kalah mati buat kali kelima berturut-turut di kejohanan besar di Jerman, tetapi masih terdapat kebimbangan bahawa ini mungkin penamat era berkenaan.

Antara pemain handalan pasukan tersebut adalah ketua pasukan dan juga pemain bintang Luka Modric, pemain sayap Ivan Perisic, dan pemain tengah Marcelo Brozovic dan Mateo Kovacic, serta penyerang Andrej Kramaric, yang kesemuanya berusia 30-an.

Namun, bekas tonggak pasukan kebangsaan, termasuk Mario Mandzukic, Ivan Rakitic dan Dejan Lovren, sudah meninggalkan tanggungjawab sebagai pemain bola sepak antarabangsa.

Namun Dalic menegaskan kekalahan itu jauh daripada tamparan sebenar buat mereka - selepas bertemu Albania di Hamburg, mereka dijadual menentang penyandang juara, Itali pada aksi terakhir Kumpulan B di Leipzig pada 24 Jun ini.

Croatia menduduki tempat ketiga di Piala Dunia pada 2022 di Qatar dan kalah kepada Sepanyol dalam perlawanan akhir Liga Negara-Negara tahun lalu.

"Tidak ada ruang untuk berfikiran negatif, semuanya masih dalam tangan kita.

"Sudah tentu kita perlu menjadi lebih baik dan ini adalah tugas saya untuk memulihkan pasukan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2024 @ 11:28 AM