SEPANDUK provokatif yang dinaikkan penyokong Serbia ketika menentang England. FOTO Agensi
SEPANDUK provokatif yang dinaikkan penyokong Serbia ketika menentang England. FOTO Agensi
Reuters

Gelsenkirchen: Persatuan Bola Sepak Serbia dikenakan hukuman oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (Uefa) selepas penyokong mereka memaparkan kain rentang yang 'mesej provokatif yang tidak sesuai untuk acara sukan' dan melemparkan objek di dalam stadium semasa kekalahan mereka kepada England semalam.

Hukuman ini hadir selepas Persatuan Bola Sepak Kosovo mengadu kepada Uefa mengenai 'penyokong Serbia yang memaparkan mesej politik, chauvinistik, dan rasialis menentang Kosovo' semasa kekalahan 0-1 kepada England.

Uefa juga mengumumkan bahawa Pegawai Penyiasat Etika dan Disiplin akan menyiasat tindakan diskriminasi yang dilaporkan selepas pemerhati melaporkan serangan berunsur 'monyet' diarahkan kepada pemain-pemain England oleh penyokong Serbia.

Polis menyatakan bahawa lapan orang ditahan sementara selepas pergaduhan antara penyokong Serbia dan England di Gelsenkirchen sebelum perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2024 @ 7:58 AM