KERATAN video yang tular di laman sosial apabila sesi latihan Portugal ‘diserang’ penyokong. FOTO Agensi
KERATAN video yang tular di laman sosial apabila sesi latihan Portugal ‘diserang’ penyokong. FOTO Agensi
Agensi

Gutersloh, Jerman: Pusat latihan Portugal 'diserang' oleh peminat yang menyaksikan ketua pasukan Cristiano Ronaldo dipeluk oleh peminat.

Insiden itu berlaku ketika Portugal menjalani latihan secara terbuka dan hampir 8,000 penyokong hadir untuk melihat sesi latihan itu secara dekat.

Begitupun, suasana bertukar kecoh apabila 12 peminat menyerbu masuk ke padang dengan pengawal keselamatan cuba menghalang.

Menerusi satu video yang tular di laman sosial X, seorang penyokong berjaya mendapatkan Ronaldo lalu memeluknya.

Bagaimanapun situasi lebih genting buat penjaga gol, Jose Sa apabila pemain Wolves itu meluru kepada seorang penyokong dan menjatuhnya ke tanah.

Suasana itu kemudiannnya kembali tenang selepas kumpulan penyokong itu lari meninggalkan padang selepas dikejar pihak pengawal.

Portugal yang dibimbing Roberto Martinez akan memulakan kempen menentang Republik Czech Selasa ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Jun 2024 @ 1:13 PM